Tanggal 11/02/2011 kami berkawin... pejam celik pejam celik dh nak masuk dua tahun kami berdua. apabila tengok orang sekeliling dh menimang cahaya mata...akan sampai satu tahap, saya rasa down sangat2. alhamdullillah suami selalu menyokong saya dengan mengatakan saya seorang isteri yang sabar menghadapi ujian allah.. tapi saya tahu jauh di sudut hati dia, dia pon teringin menimang cahaya mata... waktu itu saya cuma mahu menangis sambil berdoa sepuas-puasnya supaya allah berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian getir ini.. Allahhu Akbar!!!
Sy redha... Allah yang memberikan rezeki...Hanya dia yang mampu menentukan bilakah akan sampai waktunya nanti... semua wanita akan berusaha menjadi ibu untuk melahirkan zuriat kepada seorang lelaki yang bergelar suami..ketabahan dan penantian itu semua satu ujian dariNYa...Zuriat adalah Anugerah..Hanya yang mengalaminya saja tahu betapa sedih bila belum di kurniakan zuriat.
salam adik azie yantie,kehadiran abg menulis di blog adik biarlah misteri.semoga adik beroleh anak seramai yang mungkin seperti mana adik mahukan.Tetapi adik jangan lupa untuk sentiasa berdoa kpd Allah apa yang dihajati.Pekerjaan yang adik lakukan mestilah seikhlasnya kerana dari situ lah datangnya keberkatan.Semoga adik mulakan tahun 2013 dengan penuh keikhlasan dan penuh semangat.
ReplyDelete