Thursday, 13 December 2012

Cara Makan Buah Zuriat

 
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-
 
Cara Pertama :
 
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat (tak perlu di belah) dan kita ibaratkan seperti kita sagat / kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
 
Cara Kedua :
 
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekaligus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Di minum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
 
(Boleh di minum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau di gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan terasa kelegaannya)
 
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat Ke atas Nabi S.A.W (3x)
 
Kebiasaannya orang beli 2 biji...dan diminum oleh suami dan isteri...

Buah Zuriat Untuk Kehamilan

Buah zuriat ini turut dikenali sebagai Buah Adam, Buah Hawa dan Buah Koka kerana berasal dari pokok koka yang digunakan oleh Nabi Noh A.S untuk membina bahtera baginda suatu ketika dulu. Banyak khasiat yang boleh diperolehi dari buah ini. Salah satu daripadanya ialah untuk meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang cuba untuk hamil (dengan izin Allah).
 
 
 
 
 
 
 

 
Cara Minum : minum suami isteri selama 44 hari atau sehingga isteri hamil
 
Bacaan : Mulakan dengan membaca Bismillah dan di ikuti dengan bacaan surah Al-Anbiya atau pun surah Al-Imran ayat 38 sebanyak 3x
 
"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA". 
 
Maksud Ayat : 
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah  kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa". 

Menanti Kehadiran Zuriat

 
Tanggal 11/02/2011 kami berkawin... pejam celik pejam celik dh nak masuk dua tahun kami berdua. apabila tengok orang sekeliling dh menimang cahaya mata...akan sampai satu tahap, saya rasa down sangat2. alhamdullillah suami selalu menyokong saya dengan mengatakan saya seorang isteri yang sabar menghadapi ujian allah.. tapi saya tahu jauh di sudut hati dia, dia pon teringin menimang cahaya mata... waktu itu saya cuma mahu menangis sambil berdoa sepuas-puasnya supaya allah berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian getir ini.. Allahhu Akbar!!! 
 
Sy redha... Allah yang memberikan rezeki...Hanya dia yang mampu menentukan bilakah akan sampai waktunya nanti... semua wanita akan berusaha menjadi ibu untuk melahirkan zuriat kepada seorang lelaki yang bergelar suami..ketabahan dan penantian itu semua satu ujian dariNYa...Zuriat adalah Anugerah..Hanya yang mengalaminya saja tahu betapa sedih bila belum di kurniakan zuriat.