Thursday, 20 February 2014

Berhenti Jadi Hakim Boleh ?

Jangan pernah memandang rendah kepada seseorang, kerana yang memberi rezeki itu adalah Allah swt. Jangan pernah mentertawakan kelemahan orang lain, kerana kita sendiri tidak mengakui kelemahan kita. Jangan pernah memandang jijik kepada orang lain, kerana kita bukan dilahirkan sempurna. Jangan pernah bahagia melihat kejatuhan orang lain, kerana kita sendiri tidak tahu ujian buat kita.

Kita ini namanya INSAN, banyak kurang dan kurang sangat mendapat kelebihan. Apa yang penting, kita jangan keterlaluan. Hidup sederhana dan katakan pada diri ;

"Setiap manusia dilahirkan dengan keistimewaan, dan dengan kelemahannya. Saya juga begitu, jadi berhenti jadi hakim atas kehidupan orang lain dan jalani hidup apa adanya".

Inshaa Allah kita semua akan harmoni dan bahagia (^_^)

Kenali ALLAH SWT melalui UJIAN

Jadikanlah ujian dalam hidup sebagai jalan untuk lebih mengenal Allah,..

Disaat sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. 
Disaat miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. 
Disaat fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar… 

Semoga dengan itu kita dapat lebih kenal kepada Allah dan cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. 

Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Kesitulah tujuan hati kita.

Apabila terjadi sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela.....

Tetapi nasihatilah diri, dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah dibalik segala ujianannya ;
"Allah tidak akan menzalimi kita."

Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.......

wallahu a'lam......