
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-
Cara Pertama :
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat (tak perlu di belah) dan kita ibaratkan seperti kita sagat / kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua :
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekaligus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Di minum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh di minum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau di gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat Ke atas Nabi S.A.W (3x)
Kebiasaannya orang beli 2 biji...dan diminum oleh suami dan isteri...








